02 November, 2010

Pelan Rumah Banglo, kenapa perlukan?


Kepentingan pelan rumah banglo kepada:

  1. Pemilik rumah banglo : Bagi memastikan rekabentuk rumah yang akan dibina memenuhi citarasa dan bajet anda serta untuk dapatkan anggaran kos pembinaan dari kontraktor. Dapat mengurangkan kerja-kerja tambahan ketika pembinaan rumah untuk elakan kos tambahan.
  2. Kontraktor : Untuk kegunaan perjanjian kontrak dengan pemilik rumah, kira kos binaan rumah lebih tepat dan rujukan semasa pembinaan (paling penting).
  3. PBT : Meluluskan pelan rumah dan memastikan ia mengikut undang-undang PBT dan UKBS 1984.
  4. Bank : untuk kelulusan pinjaman dan perjanjian dengan bank (pelan rumah yang telah diluluskan oleh PBT).
  5. Konsultan : Bagi memohon kelulusan pelan bangunan dari PBT sebelum kerja-kerja di tapak dimulakan. Memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak oleh kontraktor mengikut pelan asal yang telah diluluskan oleh PBT.

diambil dari blog azlidesign@blogspot.com

Anjakan Rumah Banglo


Anjakan rumah banglo dari sempadan merupakan kehendak teknikal rekabentuk dan PBT.

Setiap rekabentuk rumah banglo mesti mematuhi anjakan ini untuk mendapatkan kelulusan dari PBT.

1. Anjakan hadapan(dari jalan) 20'(6.1m).
2. Anjakan tepi & belakang 10'(3.05m).
3. Anjakan tepi mengadap jalan 20'(6.1m).
4. Anjakan tiang tempat letak kereta dari sempadan 10'(3.05m).

Tujuan anjakan ini adalah supaya kawasan perumahan tidak terlalu sempit dan nampak lebih selesa serta teratur. Ia juga bertujuan sebagai kawasan untuk menghalang sesuatu kebakaran rumah banglo dari merebak ke rumah lain (buffer zone).


diambil dari blog azlidesign@blogspot.com

Pintu Pagar Rumah Banglo, Apa yang perlu ada?




  • Tong sampah - Pastikan rekabentuk tempat tong sampah menarik dan sentiasa kelihatan bersih.



  • Pintu Pagar Utama - Pilih samada jenis 'swing' atau 'sliding'. Pastikan saiznya mencukupi untuk kereta keluar masuk. Bila dibuka tidak terkeluar sampai jalan luar. Ketinggian & rekabentuk pagar ambil kira faktor keselamatan. Kekisi menegak digalakan kerana sukar dipanjat orang. Rekabentuk tiang dan pagar pastikan ada kaitan dengan pagar di sekeliling rumah banglo .




  • Pintu Pagar Kecil - Sebagai laluan pejalan kaki atau tetamu. Perlu disediakan bagi mengurangkan anda membuka pagar utama jika tetamu datang serta faktor keselamatan.




  • Meter Air & Elektrik - Kedua-dua mesti diletakan dikawasan pagar utama. Sediakan ruang khas berpintu kaca bagi memudahkan pihak TNB dan Syabas membaca meter dikunci serta mudah untuk penyelenggaraan kepada meter.




  • Peti Surat - Kedudukan binaan tempat peti surat mestilah mudah bagi posmen memasukan rumah dari luar kawasan rumah banglo.



  • Nombor Rumah - pastikan kedudukan nombor rumah banglo terang dan cukup besar supaya mudah dibaca.




  • Jenis & Kedudukan Lampu - Ia mestilah mampu menerangi kawasan pintu pagar utama dan kedudukannya jangan sampai menyilaukan pandangan.



  • Kedudukan Loceng - Ketinggiannya dapat dicapai mudah menekannya dan dilihat orang.



  • diambil dari blog azlidesign@blogspot.com

    Formula Kira Kos Anggaran Kasar Rumah Idaman Anda


    1. Tentukan keluasan rumah banglo yang anda ingin bina. Contoh 1 : 40' (lebar) x 50'(panjang) = 2, 000kp (kaki persegi).

    2. Harga pasaran atau kawasan tempat anda untuk bina banglo dalam 1 kaki persegi. Biasa untuk bina banglo anggaran kos bina sekaki minima RM80/100 ke atas :

    a) RM80-100/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah teres.

    b) RM100-120/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah semi-d.

    c) RM 120-150/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah banglo biasa.

    d) RM 150/kp ke atas harga untuk banglo mewah.

    3. Formula kira kos anggaran rumah banglo : (Luas kasar binaan rumah banglo) x (harga rm/kp) = Kos anggaran.

    Contoh 1 : 2, 000kp (luas kasar banglo = 40'x50') x RM80/kp (harga sekaki) = RM 160, 000.00

    Contoh 2 : 2, 400kp (luas kasar banglo = 40'x60') x RM100/kp (harga sekaki) = RM 240, 000.00

    4. Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut :

    • Lokasi banglo di bina (di kampung atau di bandar).
    • Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian banglo (kos 1 tingkat lebih murah daripada 2 tingkat banglo dengan kemasan dan keluasan yang sama).
    • Rekabentuk pelan dan fasad atau tampak(4 tampak) serta rekabentuk bumbungnya.
    • Tanah rata atau cerun.
    • Kontraktor yang dipilih.

    Bagi mendapatkan harga kos anggaran yang lebih tepat, anda dinasihatkan mendapatkan kos anggaran daripada 3 kontraktor berdasarkan pelan rekabentuk rumah banglo idaman anda. Rujukan contoh jadual keluasan lantai dan kemasan di atas.
    diambil dari blog azlidesign@blogspot.com

    Kebuk Sampah (Refuse Chamber) Untuk Rumah Banglo


    Kebuk Sampah adalah keperluan bagi setiap rumah banglo yang perlu disediakan untuk ruang sementara pengumpulan sisa sampah harian sebelum dikutip oleh lori sampah.

    Ia mesti direkabentuk dan dibina supaya boleh memuatkan tong sampah dikehendaki oleh PBT atau saiz minima kegunaan seisi keluarga 120 liter.

    Berikut adalah syarat-syarat rekabentuk kebuk sampah (sumber : DBKL) :

    • binaan kebuk sampah (clear space) 750x750x1200mm(tinggi) atau 2.5'x2.5' x 4' tinggi.
    • Tinggi pintu 1200mm / 4' hadapan dan belakang.
    • Sediakan 1 paip air disebelahnya.
    • 1 floor trap untuk laluan air kotor.
    • Tinggi drop lantai tidak melebihi 100mm / 4"dari aras jalan luar.
    • Kemasan lantai dan dinding dalaman dengan jubin seramic / tiles.

      diambil dari blog azlidesign@blogspot.com

      Banglo Mewah berkonsepkan 'green building' di Singapura


      Pandang dari kolam banglo mewah ini.




      Pandangan dari bilik ke kolam waktu malam. 



      Konsep bumbung 'green building' dapat menyejukan suhu
      dalam rumah . Kini sudah tiba masanya rumah-rumah di Malaysia
      menggunakan konsep ini.
       


      01 November, 2010

      Rumah mewah dibawah air.



      Punya duit lebih dan sudah bosan dengan rumah mewah yang ada di daratan? Bagaimana kalau saya sarankan untuk mempunyai rumah di bawah air??
      Trilobis 65 Floating Home adalah rumah diatas air yang sebagian bangunannya berada di bawah air (semi -submerged). Dengan panjang sekitar 20 meter dan lebar 13 meter, untuk dihuni oleh 6 orang (terdiri dari 6 kamar tidur).
      Rumah ini juga termasuk rumah yang ramah lingkungan dimana menggunakan sumber, yaitu: panel matahari (solar panel) dan juga jendela photovoltaic (yang dapat menyerap tenaga cahaya menjadi tenaga listrik).
      Dan yang lebih hebatnya lagi, anda bisa “jalan-jalan” dengan rumah ini karena rumah ini bisa “berlari” dengan kecepatan 7 knots (13 km per jam).
      Harganya juga tidak mahal yaitu sekitar US$ 5.000.000.