10 September, 2009

Masjid Kampung Keling, Melaka

Masjid ini dibina atas usaha seorang penduduk tempatan iaitu Che Mat bin Kecut .Menurut cerita lisan masjid ini didirikan adalah kerana Masjid Kampung Hulu hendak dilelong tapaknya oleh anak pewarisnya Hajah Aminah Shamsuddin tetapi berjaya dihalang. Masjid ini terletak sederet dengan Tokong Cheng Hoon Teng dan kuil Sri Poyatha Vinayagar seolah-olah mempunyai toleransi antara dari kaum sejak dahulu lagi. Di dalam kawasan masjid ini terdapat tanah perkuburan lama antaranya bersemadi kubur keluarga Munsyi Abdullah.

Senibina masjid ini merupakan campuran antara senibina Melayu Melaka, China dan Minangkabau. Bahagian tapak berbentuk empat persegi dengan tiga lapis bumbung dengan menggunakan genting Cina dan genting zaman Inggeris. Penutup kubah dihias dengan batu karang berukir dan dihias dengan porselin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan