10 September, 2009

Masjid Wilayah Persekutuan

Pembinaan masjid dalam taman ini dimulakan pada 1997, tetapi hanya siap untuk digunakan pada tahun 2000. Menjadi masjid termoden negara, ia mampu menampung sehingga 17,000 jemaah pada satu-satu masa.

Reka bentuknya mengadaptasi konsep masjid pada zaman empayar Othmaniah di Turki dengan dua menara utama, 22 kubah dan satu kubah utama. Setiap kubah diperbuat daripada gentian kaca diadun bersama cecair penguat.

Namun kombinasi seni bina Melayu dan Timur Tengah boleh dilihat pada hiasan langit-langit, mimbar dan mihrab. Ukiran bingkai jendelanya pula adalah cetusan ilham pengukir dari Kelantan dan Terengganu.

Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi. Namun, Kira-kira 13.4 hektar diperuntukkan untuk landskap kolam air dan taman dengan pokok bunga tanjung, pisang kipas, pisang kuning, kelompang dan kiara payung.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan