19 April, 2010

KENALI SUKAN BOLING

Sukan boling berasal daripada permainan "skittle" yang sangat popular di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang telah bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbang oleh pasukan tenpin bolingnya.

Boling merupakan salah satu olahraga dengan penyertaan terbanyak daripada pelbagai usia. Tidak mengenal batasan umur, siapa saja boleh bermain sama ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa bahkan mereka yang telah lanjut usia. Tidak hairanlah jika sukan boling merupakan olahraga yang paling digemari di hampir setiap negara di dunia. Kini dianggarkan terdapat kira-kira lebih daripada 100 juta orang di dunia yang minat dan gemar bermain boling.

Boling sepuluh pin atau “ten-pin bowling” adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong (lane) dengan tujuan untuk memperoleh mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang boleh. Lorong permainan ini disebut sebagai “bowling lane” yang diperbuat daripada papan kayu dan disapu dengan sejenis minyak (was) atau sintetik (polyurethane) agar licin. 

Lorong boling pula berukuran 42 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. 

Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12m) lagi adalah untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang beratnya di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg). Bola ini memiliki 3 lubang untuk meletakkan jari-jari pemain. Jari yang diguna ketika bermain adalah ibu jari, jari tengah dan jari manis. 

Sistem Permainan

Untuk setiap game ada 10 frames yang membolehkan pemain membuat 2 kali balingan bagi setiap satunya. Setiap pemain diberi peluang untuk menjatuhkan sebanyak-banyak pin yang boleh bagi mengumpul mata pada setiap balingan. Jika pemain dapat menjatuhkan kesemua pin pada balingan pertama ia disebut sebagai STRIKE. Namun jika pemain hanya dapat menjatuhkan sebahagian sahaja dan bakinya dijatuhkan pada balingan kedua ia disebut sebagai SPARE.

Pemain yang melakukan spare dalam frame ke-10 (final frame) akan mendapat 1 balingan bonus (balingan ke-3). 3 kali STRIKE yang dilakukan oleh pemain secara berturut-turut dalam frame ke-10 disebut sebagai TURKEY.

Cara Melempar Bola

Setiap orang memiliki “style” tersendiri ketika melempar bola ke arah pin. Apa yang jelas, sukan boling ada skillnya yang tersendiri dan tidak boleh diabaikan oleh setiap pemain. Jika pemain tersebut menggunakan tangan kanan untuk melempar bola, maka ketika melempar bola, ia hendaklah menekuk kaki kiri kehadapan dengan membongkokkan sedikit badan, serta kaki kanan dalam posisi ke belakang. Panah yang ada di atas lane sangat membantu para pemain untuk dijadikan sebagai petunjuk bagi menggelicik bola ke arah pin yang ingin dijatuhkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan