10 September, 2009

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Seni bina bercirikan rumah Melayu dengan kubah payung dan menara setinggi 73.5 meter (m) memberi keunikan kepada Masjid Negara.

Reka bentuknya yang melangkaui zaman, jauh berbeza dengan gaya Moor yang mendominasi seni bina bangunan yang dibina pada zaman pramerdeka.

Siap dibina pada 1965, kubahnya menggambarkan keutuhan masyarakat Melayu selain melambangkan konsep raja memayungi rakyat.

Pembinaannya turut mengambil kira iklim negara dengan anjung, kolam untuk memberi penyejukan kepada dalam bangunan.

Ukiran menarik menghiasi masjid ini selain banyak kubah kecil berasaskan reka bentuk Sarasin yang disesuaikan dengan rekaan moden.

Bagi mencantikkannya lagi seni binanya, keseluruhan dinding Masjid Negara dihiasi marmar dari Itali.




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan