10 September, 2009

Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Menjadi satu komponen penting dalam pembinaan Taman Tamadun Islam di Pualu Wan Man, Kuala Terengganu, masjid ini memiliki seni bina menarik dengan keluli dan kaca di muara sungai.

Pada waktu malam, masjid ini begitu menarik kerana warna kristalnya bertukar kepada beberapa warna seperti merah, hijau dan kuning menggunakan lampu berlainan warna.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila orang ramai melalui Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan bandar Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Selain masjid ini, ada 21 replika monumen Islam di taman ini termasuk Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Taj Mahal.

Pengunjung boleh meneroka tarikan ini dengan menaiki kereta api khas atau berjalan kaki menyusuri laluan pejalan kaki.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan