10 September, 2009

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Selepas pulih daripada penyakit, Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Shah I bernazar untuk membina masjid di Kuala Kangsar sekembalinya dari Port Dickson.

Peletakan batu asasnya disempurnakan oleh baginda pada 1913, namun hanya siap empat tahun kemudian kerana dilengahkan peristiwa dua gajah, milik Sultan dan Raja Chulan yang bertelagah.

Pada peristiwa yang berlaku ketika sambutan majlis berkhatan Raja Khalid, anak Sultan Abdul Jalil, gajah ini bergaduh sehingga menyebabkan kerosakan pada marmar tempah khas dari Itali.

Tempahan baru terpaksa dibuat dan ia tiba lewat kerana meletusnya Perang Dunia II dan kapal pada masa itu perlu melalui Tanjung Harapan.

Perasmian masjid yang dikatakan tercantik di Malaysia disempurnakan Sultan Abdul Jalil pada 1917 yang mewarisi takhta daripada Sultan Idris yang mangkat setahun sebelumnya. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan