10 Mei merupakan sambutan Hari Ibu. Bagi ibu-ibu moden, depa ingat sangat pasai hari tu, tapi bagi ibu-ibu zaman kita yang masih ada sekarang ni, depa tak kisah sangat pun pasai hari ibu. Kalian tau kenapa, sebab bagi mereka sambutan tu tak berapa penting bagi depa semua, yang penting depa dah tunai tanggungjawab bagi besaq, makan pakai dan bagi pendidikan pada kita semua. Ibu-ibu tak pernah dok paksa anak-anak kenang jasa depa. Tak pernah dengaq pun ibu yang paksa anak-anak pi bayaq balik setiap belanja yang depa dah bagi pada kita. Itulah agungnya ibu kita.
Kalau kita kenang balik, mak didik kita memang tak boleh lupa. Depa rotan kita, ikat kita bawah pokok biaq kerengga gigit, pi hambat kita lari keliling kampong. Tu semua jangan cerita, memang garang mak kita, tapi tu semua kenangan manis, apa taknya, kita dulu mana selut yang tak masuk, mana paya yang tak pi tangguk, hujan lebat orang dok rumah kita bergebang tengah padang atau sawah. Tu yang buat mak hangin satu badan. Tapi apapun kita kena bersyukur, pasai garangnya maklah, kita hari ni boleh jadi orang.
Hari ni kerap kita baca dan tengok dalam media perangai anak-anak yang tak menghargai mak ayah depa. Ramai juga kisah anak-anak yang derhaka pada orang tua. Syahdu sangat bila tengok perangai anak-anak yang pi hantaq mak ayah ke rumah orang tua-tua. Kadang-kadang tu anak-anak bukan calang-calang, ada rumah, kereta dan bisnes besaq. Semua harta dunia tu depa boleh jaga, tapi dengan emak sorang pun kadang-kadang tak mampu nak jaga. Pekerja beratus-ratus dengan berbagai perangai boleh dok handle, tapi dengan perangai sorang mak dah tak mampu nak urus. Sedih rasanya bila tengok keadaan macam tu.
Saya tulis ni, bukan nak kata semua orang macam tu. Mungkin cuma segelintir yang perangai buruk bersikap sambil lewa dengan mak depa. Saya suka nak cadang, apalah salahnya kita dok pakat ramai-ramai, terutamanya yang masih ada mak, kita pi balik kampong jengok mak kita sempena hari ibu ni. Kita tau, depa tak harap sangat pun kita buat macam tu, tapi tak salah pun kalau kita buat sedikit sambutan dan kumpul ramai-ramai adik beradik dengan mak kita. Saya percaya tentu mak kita rasa bahagia.
Kalau ibu kita masih hidup, hargailah pengorbanan mereka, dan jika sudah tiada, doakanlah agar roh mereka dicucuri rahmat.
Ibu....
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembira,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu....
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu....
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
3 ulasan:
Sayangi ibu kita..selamat hari ibu..=)
selamat hari bonda....
syok baca n3 loghat utara kat sini
hehhehe
sayangilah mereka, ketika mereka masih ada, takan dapat menganti ibu selain ibu kita sendir....
Catat Ulasan