Adapun
tipuan serta ajakan syaitan terhadap manusia agar meninggalkan beribadah kepada
Allah Taala ada 7 macam jalan :
1.
Syaitan melarang manusia, agar jangan taat kepada Allah. Orang-orang yang
dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Aku
sangat memerlukan sekali kepada pahala dari Allah, kerana aku harus mempunyai
bekal dari dunia untuk akhirat yang kekal abadi.
2.
Bila pujukan pertama tidak berhasil, maka syaitan mengajak manusia untuk
mengakhiri taat, nanti saja atau kalau sudah tua, dan sebagainya. Orang-orang
yang terpelihara akan menolak ajakan itu dan akan berkata:
Ajalku
bukan pada tanganku, jika aku menunda-nunda amal hari ini untuk esok, maka amal
hari esok bila akan aku kerjakan, padahal tiap-tiap hari dan waktu mempunyai
amal tersendiri dan hak hukum waktunya.
3.
Kadang-kadang syaitan akan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan
amal baik dengan amat segera dan katanya: Ayuh' cepat-cepat beramal supaya
engkau dapat memburu lagi amal lainnya. Orang-orang yang selamat tentu menolak
dan berkata:
Amal
yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak
sempurna. Dalam hal Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:
Tergopoh-gopoh
itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima
perkara;
1.
Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2.
Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3.
Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4.
Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5.
Bertaubat setelah mengerjakan dosa.
4.
Syaitan itu lalu menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna
sebab kalau tidak sempurna nanti dicela oleh orang lain. Orang-orang yang
terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata:
Untuk
saya cukup dinilai oleh Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana
manusia. Ini adalah isyarat supaya manusia Riya' dalam amalnya.
5.
Setelah itu syaitan menancapkan perasaan dalam hati orang yang beramal dengan
mengatakan; Betapa tingginya darjatmu dapat beramal sholeh dan betapa pula
cerdikmu dan kesempurnaanmu. Orang-orang yang baik akan menjawab
Bahawa
semua keagungan dan kesempurnaann itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau
kekuasaan aku. Allahlah yang memberi taufiq kepadaku untuk mengerjakan amal
yang Ia redhoi, dan memberikan ganjaran yang besar dengan anugerah kurniaNya.
Jika sekiranya tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan
dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, di samping dosaku yang banyak pula.
Tidak
dapat berkata-kata dan mengamalkan begini melainkan mereka yang mempunyai ilmu
pengetahuan tentang Ilmu Tasauf atau Ilmu Makrifat.
6.
Setelah jalan kelima gagal, maka syaitan mengajukan jalan yang keenam. Jalan
ini lebih hebat dari yang disebut tadi, dan tidak akan bisa selamat terhadapnya
kecuali orang yang cerdik dan hidup fikirannya. Syaitan itu berkata,
membisikkan di hati manusia:
"Bersungguh-sungguhlah
engkau beramal dengan Sir, jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah
yang akan menzhohirkan amalmu nanti terhadap manusia dan akan mengatakan bahawa
engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas".
Syaitan
itu mencampur-baurkan terhadap setiapa orang yang beramal dengan amal tipuannya
yang lemah sekali. Dengan ucapannya itu, syaitan bermaksud untuk memasukkan
sebahagian daripada penyakit Riya'. Orang yang terpelihara oleh Allah akan
menolak ajakan syaitan itu dengan mengatakan;
Hai
Malaun (yang dilaknat) tiada henti-henti engkau menggodakaku untuk merosakkan
amal dan ibadatku dengan berbagai-bagai jalan dan sekarang engkau berpura-pura
seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu untuk merosakkannya. Aku
ini hamba Allah dan Allahlah jua yang menjadikan aku. Kalau Allah SWT.
berkehendak menzhohirkan amalku atau menyembunyikannya dan kalau berkehendak
menjadikan aku mulia atau hina, ini adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah
apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak kerana itu
bukan urusan aku sebagai seorang hamba Allah.
7.
Setelah gagal syaitan itu menggoda dengan jalan keenam, maka ia menggoda lagi
dengan jalan ketujuh dengan mengatakan;
"Hai
manusia..tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, kerana
jika engkau telah ditetapkan oleh Allah pada masa azali dan dijadikan makhluk
yang bahagia, maka tidak menjadi mudorat apa-apa bagi engkau untuk meninggalkan
amal, engkau akan tetap menjadi seorang yang bahagia. Sebaliknya jika engkau
dikehendaki Allah menjadi orang yang celaka, maka tidak ada gunanya lagi engkau
beramal dan tetaplah engkau celaka".
Orang-orang
yang terpelihara oleh Allah tentu akan menolak godaan ini dengan mengatakan:
Aku
ini seorang hamba, berkewajipan menurut perintah Tuhanku. Tuhan Maha Mengetahui
, menetapkan sekehendakNya dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku
tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang
yang seorang yang berbahgia, aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala,
dan jika aku dijadikan seorang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah,
supaya tidak menjadi penyesalan bagi diriku meninggalkan amal itu.
Jika
sekiranya aku dimasukkan neraka, padahal aku taat, aku lebih senang daripada
jika dimasukkan neraka kerana aku maksiat. Tetapi tidak akan demikian
keadaannya kerana janji Allah pasti terjadi dan sabdaNya pasti benar. Allah
telah menjanjikan kepada siapa yang beramal taat kepadaNya akan diberi
ganjaran. Siapa-siapa yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat
kepada Allah, tidak akan dimasukkan ke dalam neraka dan pasti akan dimasukkan
ke Syorga. Jadi masuknya, seseorang ke Syurga bukanlah kerana kekuatan amalnya,
tetapi kerana janji Allah semata yang pasti dan suci.
Oleh
kerana itu, sedarlah wahai hamba Allah, semoga Allah memberi rahmat kepadamu,
sesungguhnya urusan taat kepada Allah seperti yang engkau lihat dan dengar
bahawa banyak sekali godaan dan tipuan syaitan untuk menggagalkannya. Qiyaslah
segala urusan dan tingkah laku kepada keadaan tersebut, dan bermohonlah
pertolongan kepada Allah agar engkau dilindungi dan dipelihara dari kejahatan
syaitan ini, kerana sega sesuatu benda di bawah kekuasaan Allah dan kepada
Allah kita mohon Taufiq untuk mendapatkan keridhoaanNya.
TIDAK ADA DAYA UNTUK MENINGGALKAN
MAKSIAT DAN TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENGERJAKAN TAAT, KECUALI DENGAN
PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG.
LIKE!
BalasPadamtq
BalasPadam