Pakar
sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan
sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya
atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud
ketika sembahyang.
1.
Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat
asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5 . Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud
adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang
tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud
dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih
kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran
perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita
bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada
sakit gelombang perut.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah
dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri
di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan
sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan
kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti
seseorang.
Terima kasih. dulu mmg penah dah dengar. now dah lupa psl lama xp dengar ceramah2 ilmu. sekarang dah refresh semula. ini le makanan rohani jugak namamya.
BalasPadam