08 Ogos, 2012

Mahasiswa Malaysia diberi Penghormatan Mengimami Solat Jumaat.

صورة
AMMAN-JORDAN, Raja Abdullah II telah mendirikan solat jumaat bersama-sama rakyat jelata di Masjid Naji Al-Hamsyari dan merasmikan pembukaan masjid ini yang terletak di kawasan Khalda Amman.
Mahasiswa Malaysia, Muhammad Nawawi Bin Abdul Raof dari Universiti Al al-Bayt, Mafraq untuk mengimami solat Jumaat Raja Abdullah II pada hari perasmian tersebut dan sekaligus dilantik menjadi imam kepada masjid yang baru dirasmikan itu.

Keluasan masjid ini boleh memuatkan seramai 4 ribu Jemaah dalam satu masa tertentu.
Masjid ini dibina di atas satu kawasan tanah yang luasnya 4,2 ekar, keluasan ini mampu menampung seramai 3200 jemaah lelaki didalam masjid dan 400 jemaah lelaki di kawasan luar masjid, dan 400 jemaah wanita di dalam masjid. Kos pembinaan masjid ini hamper 4 juta dan 500 ribu dinar.
Masjid yang menempatkan hiasan Islam pada dinding dalaman dan luaran, dan menggunakan dibina dalam ukiran batu marmar dan kayu.
Bercorak moden, dalam bangunan masjid ini telah dibina khas bagi serasi dengan alam sekitar khususnya permaidani, batu-bata dan tiang-tiang.
Ia terdiri daripada tiga tingkat yang menempatkan tempat sembahyang bagi lelaki dan lorong khas bagi orang kurang upaya (OKU).
Dan tingkat bawah tanah menempatkan tempat sembahyang lelaki dan tempat sembahyang perempuan yang dipisahkan laluannya dan bilik menghafal alquran dan perpustakaan dan tempat wuduk. Manakala tingkat satu merupakan tempat sembahyang utama masjid dan terdapat koridor yang khususnya yang mempunyai keperluan khas.

sumber : ALRAI

Tiada ulasan: