07 November, 2010

Sejarah Negeri Perlis

Kangar merupakan ibu negeri Perlis. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004). Ia terletak di titik paling utara di Semenanjung Malaysia dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Kawasan pusat bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama jolokan sebagai “Uptown Sena”.







Sejarah

Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan di Perlis.
Kangar di buka oleh Tok Peduka.Kewujudan Bandar Kangar semenjak 350 tahun dahulu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke-14 iaitu Sultan Mahyuddin Mansor Shah.  Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan darat (Pangkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.
Bertempat di pangkalan inilah para pedagang berjual-beli di bawah sebatang pohon tinggi yang merendang di kawasan itu. Pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada urusniaga inilah yang bernama “Pohon Kangar”. Setiap pedagang atau saudagar yang berulang alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai “Pelabuhan Pohon Kangar” bersempena nama pokok tersebut.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa andaian lain yang mengatakan bahawa asal-usul nama Bandar Kangar ini diambil dari bunyi sejenis burung iaitu burung helang “kangor”. Pada masa awal kewujudan Bandar Kangar, terdapat banyak burung helang kangor berterbangan dikawasan ini.
Namun begitu, menjelang abad ke 20, fungsi “Pelabuhan Pohon Kangar” ini kian berkurangan di mana corak pengangkutan dan lalu-lintas kian berubah. Pengangkutan air telah berubah kepada pengangkutan darat di mana banyak jalan-jalan raya mula dibina. Pengangkutan utama yang dahulunya merupakan perahu dan tongkang telah bertukar kepada kereta dan lori.
Seterusnya pula, “Pelabuhan Pohon Kangar” ini berubah kepada pusat perniagaan dan pentadbiran di negeri Perlis. Kini nama pangkalan telah luput dari sebutan penduduk dan yang tinggal hanyalah nama Kangar atau Pekan Kangar sahaja.

Pembangunan

Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan-bangunan lama. Di samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar. Selain itu, bangunan-bangunan lain seperti Balai Polis Trafik Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Masjid Alwi, Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, deretan kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.
Bangunan-bangunan ini berdiri dengan megahnya di tengah-tengah Bandar Kangar yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan baru yang dibina seperti Kayangan Square, Medan Kangar, dan Medan Kangar Ria. Sebelum Medan Kangar dibina, tapak tersebut adalah merupakan tapak Sekolah Menengah (Cina) Kangar, berek polis, stesen bas. Pejabat Majlis Perbadanan Kangar  juga terletak di tengah-tengah Bandar Kangar.
Nama-nama jalan yang terdapat di Kangar juga diberi sempena peristiwa bersejarah seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan. Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih dikekalkan.
Justeru itu, tidak hairanlah jika kita menemui beberapa buah kota di negeri Perlis ini dan di antarannya ialah Kota Sena yang terdapat di Bandar Kangar. Hakikat sebenarnya, Bandar Kangar turut menyimpan pelbagai khazanah warisan seni bina yang kian dilupakan oleh sebab ketiadaan penyimpanan bahan-bahan artifak sejarah yang sempurna di negeri ini pada suatu ketika dahulu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya jugak anak kelahiran negeri perlis
Saya sedang mecari tapak2 sejarah dinegeri perlis untuk saya Metal detector (MD)
Saya percaya di perlis ada tempat2 sejarah yang banyak...

Tanpa Nama berkata...

best info ini......

Tanpa Nama berkata...

tak bagus ......

Tanpa Nama berkata...

tok ang tak bagus pasaipa sat aku terajang satu apa x leh satgi !