02 November, 2010

Formula Kira Kos Anggaran Kasar Rumah Idaman Anda


1. Tentukan keluasan rumah banglo yang anda ingin bina. Contoh 1 : 40' (lebar) x 50'(panjang) = 2, 000kp (kaki persegi).

2. Harga pasaran atau kawasan tempat anda untuk bina banglo dalam 1 kaki persegi. Biasa untuk bina banglo anggaran kos bina sekaki minima RM80/100 ke atas :

a) RM80-100/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah teres.

b) RM100-120/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah semi-d.

c) RM 120-150/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah banglo biasa.

d) RM 150/kp ke atas harga untuk banglo mewah.

3. Formula kira kos anggaran rumah banglo : (Luas kasar binaan rumah banglo) x (harga rm/kp) = Kos anggaran.

Contoh 1 : 2, 000kp (luas kasar banglo = 40'x50') x RM80/kp (harga sekaki) = RM 160, 000.00

Contoh 2 : 2, 400kp (luas kasar banglo = 40'x60') x RM100/kp (harga sekaki) = RM 240, 000.00

4. Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut :

  • Lokasi banglo di bina (di kampung atau di bandar).
  • Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian banglo (kos 1 tingkat lebih murah daripada 2 tingkat banglo dengan kemasan dan keluasan yang sama).
  • Rekabentuk pelan dan fasad atau tampak(4 tampak) serta rekabentuk bumbungnya.
  • Tanah rata atau cerun.
  • Kontraktor yang dipilih.

Bagi mendapatkan harga kos anggaran yang lebih tepat, anda dinasihatkan mendapatkan kos anggaran daripada 3 kontraktor berdasarkan pelan rekabentuk rumah banglo idaman anda. Rujukan contoh jadual keluasan lantai dan kemasan di atas.
diambil dari blog azlidesign@blogspot.com

2 ulasan:

azlidesign berkata...

Info ini dicopy sebiji dari azlidesign@blogspot.com, tak salah nak copy tapi guna ayat sendiri nak copy maklumkan info dari mana lah bro...

rusdi berkata...

Sorry bro saya ingatkan dalam gambar ada tertera blok bro, saya dah masukkan dari mana saya copy. tq bro