28 September, 2009

Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.


Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang terletak di Petra Jaya, Kuching akan menjadi kenangan selepas 33 tahun berfungsi sebagai tempat persidangan oleh wakil-wakil rakyat di negeri ini.

Persidangan DUN Sarawak yang bermula pada 11 hingga 20 Mei yang lalu merupakan pertemuan kali terakhir bagi 71 Ahli DUN (ADUN) bersidang membincangkan hal-hal pembangunan negeri.

Di sebalik kenangan-kenangan manis, para ADUN juga sudah pasti tersenyum bangga apabila Kompleks DUN Sarawak yang baru dan terletak tidak jauh dari bangunan yang lama, bakal digunakan pada persidangan hujung tahun ini.

Kini kerja-kerja pembinaan bangunan berharga RM300 juta itu yang tersergam indah di tebing Sungai Sarawak difahamkan telah siap pada hujung Mei lepas.

Baru-baru ini, Setiausaha DUN Sarawak Abang Othman Abang Fata berkata, persidangan DUN yang lepas merupakan kali terakhir diadakan di bangunan sekarang.

''Ya kali ini (persidangan DUN Sarawak pada Mei lepas) merupakan yang terakhir diadakan di kompleks digunakan sekarang," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nassar berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan baru itu dilakukan dengan penuh teliti bagi menjamin kualitinya.






''Ini adalah bangunan tempat menggubal undang-undang dan membincangkan pembangunan untuk rakyat. Ia tidak hanya digunakan untuk beberapa bulan tetapi bertahun-tahun. Justeru, kualitinya mesti diberi keutamaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dibina atas tapak keluasan 172 ekar, Kompleks DUN Sarawak baru itu terletak berhampiran dengan Astana, tempat kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Tersergam indah di atas bukit yang menggabungkan reka bentuk moden dan kebudayaan tempatan, ia mampu menampung kehadiran seramai 108 ADUN.

Tambah istimewa, semua ADUN disediakan bilik pejabat masing-masing.

Pasti ia memberikan keselesaan berbanding dengan kapasiti 48 ADUN di bangunan DUN lama yang mula digunakan pada 1976.




Kompleks baru itu juga dibina dengan satu Dewan Santapan yang boleh menampung kehadiran 1,000 orang pada satu-satu masa.

Terletak berhadapan dan di seberang Tebingan Sungai Sarawak, bangunan yang simbolik terhadap sistem demokrasi berparlimen itu dibina dengan 315 ruang letak kereta.

Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah Dewan perundangan yang tertua di Malaysia, demikian menurut kenyataan dalam laman web rasmi DUN Sarawak.

Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu pada 8 September 1867.




DUN Sarawak pada mulanya dikenali sebagai Majlis Umum dengan jumlah ahli dipilih seramai 21 orang.

"Ahli-Ahli dipilih daripada kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan James Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran," laman web itu dipetik.

DUN Sarawak telah menempuh tiga zaman yang penting.

Zaman rajah putih keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.

Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.




Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbirkan oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.




























18 September, 2009

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri





















Menikmatilah jamuan yang disediakan di dalam blogspot ini. Tengoklah sepuas puasnya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

16 September, 2009

Gua Kelam, Perlis










Gua Kelam, merujuk kepada 370 meter panjang gua batu kapur yang terletak bandar kecil Kaki bukit. Memasuki Gua Kelam perlu melalui jambatan gantung. Perjalanan sepanjang melalui jambatan tersebut merupakan suatu pengalaman yang unik dan menyeronokkan, juga memberikan suatu pengalaman mencabar dan membuat pengunjung teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gua Kelam. Sungai bawah tanah mengalir di kaki gua batu kapur tersebut sepanjang 1/3 panjang. Bayaran masuk Dewasa : RM 1.00 Kanak-kanak : RM 0.50

Sejarah Masjid Lama Arau

Masjid Lama Arau didirikan semasa pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullai yang menjadi Raja Perlis pada masa itu, iaitu pada tahun (1873 – 1897 M). Bahagian tengahnya sahaja dibuat daripada batu (manakala pada bahagian lain kebanyakannya dibuat daripada kayu), iaitu dibuat oleh tukang-tukang Arab dan Melayu.

Pada masa ini belum ada simen, oleh itu pasir-pasir dicampur dengan kapur dan batu, kemudian dibancuh dengan manisan lebah, manisan tebu, manisan nipah, telur ayam dan telur itik. Telur ayam dan telur itik diambil yang putih sahaja kerana yang merah digunakan untuk buat kuih.


Semasa pemerintahan Raja Syed Saffi Jamalullail, baginda telah menempah sebuah mimbar kayu yang dibuat di Pulau Pinang. Mimbar (tempat imam berkhutbah) ini siap pada tahun 1905 m bersamaan 1322 h, dan dibawa pulang ke Perlis melalui sungai Tebing Tinggi ke Kangar, kemudian dibawa ke Arau dengan menggunakan kereta kuda. Kini mimbar tersebut berusia hampir seratus tahun, ianya masih digunakan hingga ke hari ini sebagai mimbar Masjid Negeri di Arau.

Dalam masa pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail, dibuat tambahan beranda sekeliling masjid. Beberapa tahun kemudian dibuat lagi tambahn bangunan di sebelah kanan dan kiri masjid (kelihatan seperti bersayap). Bahan-bahan binaan Masjid Lama Arau mengandungi batu-bata, kayu, tanah liat, telur ayam, telur itik dan berbagai jenis manisan.


Selepas merdeka Masjid Lama Arau telah mengalami perubahan iaitu semasa pemerintahan Raja Syed Putra Jamallulail yang telah membaharui atap masjid dengan atap genting. Ruang masjid juga di besarkan kerana anak jemaah semakin bertambah.

15 September, 2009

Masakan Thailand






Sabar sabar masih awal lagi................