Masjd ini dibina pada 1912 atas tanah perkuburan pejuang Kedah yang gugur ketika menentang Siam pada 1821. Seni binanya diilhamkan daripada Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera.
Masjid antara tertua di negara ini dihiasi dengan lima kubah utama melambangkan lima perkara dalam Rukun Islam. Terletak berdekatan dengan Balai Besar, Balai Nobat dan Balai Seni Negeri.
Upacara perasmian pada 1915 menyaksikan Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat, manakala Tunku Mahmud terlebih dulu membacakan khutbah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan