10 September, 2009

Masjid Putra, Putrajaya

Reka bentuknya bersandarkan seni bina Parsi pada zaman kerajaan Safawe dengan penggunaan batu granit merah jambu, ia menjadi bangunan paling indah di tebing tasik yang mengelilinginya,

Kubah berasaskan ukiran awan larat Arab (Arabesque) seperti yang biasa dilihat pada masjid di Mesir. Kehalusan pertukangan Melayu menerusi penggunaan kayu cengal dan seraya hitam pula menghiasi bahagian dalam masjid.

Menara berbentuk bintang lapan penjuru setinggi 116 meter, jelas memperlihatkan keunggulan seni reka Islam. Lima tingkat yang membahagi menara, melambangkan rukun Islam dan juga sembahyang lima waktu bagi umat Islam.



Tiada ulasan: