Masjid Lama Arau didirikan semasa pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullai yang menjadi Raja Perlis pada masa itu, iaitu pada tahun (1873 – 1897 M). Bahagian tengahnya sahaja dibuat daripada batu (manakala pada bahagian lain kebanyakannya dibuat daripada kayu), iaitu dibuat oleh tukang-tukang Arab dan Melayu.
Pada masa ini belum ada simen, oleh itu pasir-pasir dicampur dengan kapur dan batu, kemudian dibancuh dengan manisan lebah, manisan tebu, manisan nipah, telur ayam dan telur itik. Telur ayam dan telur itik diambil yang putih sahaja kerana yang merah digunakan untuk buat kuih.
Semasa pemerintahan Raja Syed Saffi Jamalullail, baginda telah menempah sebuah mimbar kayu yang dibuat di Pulau Pinang. Mimbar (tempat imam berkhutbah) ini siap pada tahun 1905 m bersamaan 1322 h, dan dibawa pulang ke Perlis melalui sungai Tebing Tinggi ke Kangar, kemudian dibawa ke Arau dengan menggunakan kereta kuda. Kini mimbar tersebut berusia hampir seratus tahun, ianya masih digunakan hingga ke hari ini sebagai mimbar Masjid Negeri di Arau.
Dalam masa pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail, dibuat tambahan beranda sekeliling masjid. Beberapa tahun kemudian dibuat lagi tambahn bangunan di sebelah kanan dan kiri masjid (kelihatan seperti bersayap). Bahan-bahan binaan Masjid Lama Arau mengandungi batu-bata, kayu, tanah liat, telur ayam, telur itik dan berbagai jenis manisan.
Selepas merdeka Masjid Lama Arau telah mengalami perubahan iaitu semasa pemerintahan Raja Syed Putra Jamallulail yang telah membaharui atap masjid dengan atap genting. Ruang masjid juga di besarkan kerana anak jemaah semakin bertambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan