11 September, 2009

Masjid Tengkera, Melaka

Masjid Tengkera merupakan masjid yang terletak di Tengkera, Melaka dan dibina pada tahun 1728. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang tertua di negara yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda.
 
Masjid ini yang mempunyai reka bentuk ketersergaman ala Sumatra menegakkan bukti bahawa Islam sudah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Masjid ini tidak mempunyai kubah konvensional tetapi bumbung tiga tingkat seperti piramid.
Makam Sultan Hussein Muhamd Shah dari Johor terletak di dalam kawasan masjid ini. Baginda merupakan raja yang menyerahkan Singapura kepada Sir Stamford Raffles. Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka, kemudian mangkat di situ dan dimakamkan di perkarangan masjid ini. 

2 ulasan:

nuranuraniku.blogspot.com berkata...

salam sobat
wah megah sekali ,masjid Tengkera Melaka ,nich,,,

terimakasih kunjungan dan follownya ya,,
saya sudah follow balik
salam kenal dari NURA.

ada AWARD sederhana untuk sobat,,
mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU.
sebagai tanda trims atas kunjungannya.

Unknown berkata...

Sama samm, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Masjid masjid lama dan baru untuk pengetahuan jenerasi muda.