Setiap ciptaan Allah mempunyai pelbagai rashia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan air hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada satupun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia.
KAYU KOKKA terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan perlindung serta merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi terdahulu. Contohnya seperti Bahtera Nabi Nuh A.S., tongkat Nabi Musa dan Nabi Syuaib A.S sendiri dibuat daripada kayu kokka. Apatah lagi diguna pakai dalam bentuk tasbih, KAYU KOKKA wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak `First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau dururat. Namun, kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan BERSERAH hanya kepada Allah SWT selayaknya.
RAHSIA KELEBIHAN KAYU KOKKA
- Rumah yang memiliknya, aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, Insya Allah.
- Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, Insya Allah akan tidur.
- Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, Insya Allah sembuh.
- Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, Insya Allah lega.
- Demam, sakit kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, Insya Allah sembuh.
- Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum, Insya Allah aman dan sembuh segera.
- Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, Insya Allah sembuh.
- Sekiranya dipakai pada tubuh, Insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
- Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, Insya Allah akan hilang segala bisanya.
- Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang yang zalim, Insya Allah akan tenang dan aman. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah mereka tidak akan terdaya.
- Menurut sejarah berlaku di Negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenengan, Alhamdulillah.
- Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya, Insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan