23 Mei, 2010

Gecko


Laporan mengenai penemuan seekor cicak gergasi yang dijual pada harga RM64 juta di Sabah baru-baru ini mungkin menyebabkan ramai mengerut dahi tidak percaya. Tetapi, hakikatnya, cicak daripada spesies Leopard Gecko sememangnya boleh mendatangkan pulangan lumayan.


Hakikatnya, populariti dan pasaran gecko sebagai haiwan peliharaan telah melonjak di Barat khasnya Amerika Syarikat (AS) sejak sedekad lalu.



Di Malaysia, kehangatan itu baru sahaja bermula. Meskipun begitu, Firdaus berkata, bekalan gecko yang ada belum mencukupi untuk memenuhi permintaan pengumpul gecko tempatan. Harga setiap gecko bergantung kepada corak, mutasi dan warna yang bermula serendah ratusan ringgit hingga beribu-ribu ringgit seekor.



Terdapat hampir 300 jenis mutasi berbeza dalam spesies leopard gecko di dunia. Naik turun harga sesuatu gecko bergantung kepada jantina dan corak mutasinya. Reptilia yang lebih cantik warna dan coraknya akan menjadi semakin mahal.


Black Pearl yang merupakan gecko berwarna hitam sepenuhnya berharga sekitar RM10,500 seekor.

1 ulasan:

hazeleyed lady berkata...

Memang cantik...tetapi hakikat nya ia species yang pernah mengkhianati Nabi Muhammad S.A.W buat saya terfikir sejenak...